Setiap hari apa yang kita lalui akan mematang kan lagi kita . Setiap org pasti mempunyai masalah sendiri . Mungkin dri segi keluarga , kewangan , org sekeliling mahupun persendirian ....
Apa yang kita hendak dalam hidup kita adalah kebebasan dan kebahagian..
namun tidak semua yang kita nak lakukan keluarga kita akan bersetuju . Mungkin ada segelintir ibubapa yang tidak berfikiran secara terbuka ataupun berfikiran secara meluas . Ini kerana perubahan masa tidak sama dgn masa mereka muda . Kadang2 saya sendiri dibelenggu masalah ini . Keluarga sering membantah apa yg kita mahu buat untuk memajukan diri sendiri mengikuti perubahan masa .
Namun , kadang2 cadangan seorang anak tidak pernah diterima oleh ibubapa sendiri . Seorang anak hanya memerlukan untuk memberi peluang kepada anak untuk memberikan cadangan . Tetapi segelintir ibubapa tidak pernah ingin mendengarnya .
Bagi seorang anak akan berasa sedih kerana dia tida tempat untuk meluahkan perasaannya ... Perkara ini biasa terjadi . hal ini menyebabkan anak2 suka meluahkan perasaan mereka kepada kawan2 berbanding Ibubapa mereka sendiri . Seorang anak hanya mahu ibubapa dia faham keadaan anaknya . Namun seolah2 ianya tidak wujud . Hal ini lah menyebabkan kebanyakan anak2 lari dari rumah , terlibat dgn jenayah dan lain-lain lagi .
Bagi saya , kadang2 saya juga meluahkan perasaan saya kepada kawan2. Kadang2 Ibubapa saya tidak mendengar cadangan atau pandangan saya .
Saya tahu bagi seorang anak , Hal ini menyakitkan hati dan berasa sedih . Namun apa yang buat kita buat hanya satu sahaja ialaitu DOA kepada TUHAN .
Kalau tidak pun buktikan kepada mereka yang kita mampu buat !
sampai disini sahaja lah saya berblog ..semoga berjumpa lagi...:D
No comments:
Post a Comment